Sunday, August 29, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan. Dibulan yang mulia ini RAHKS terus didatangi oleh pelbagai pihak yang telah merai dan memberi sumbangan kepada anak-anak RAHKS. Pihak kami amat berbesar hati dan juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah sudi menyumbang dan meraikan anak-anak RAHKS. Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan sempena Ramadhan kali ini.


20/8/2010 (RAHKS, Kuantan, Pahang)
majlis berbuka puasa bersama pelajar tingkatan 5 (perakaunan) dan guru-guru SMK Sg Isap, Kuantan, Pahang.



20/8/2010 (Dewan Jubli Perak, Kuantan, Pahang)
majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim negeri Pahang anjuran Kelab Rekreasi CIMB Bank bersama Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA)



‎21/8/2010 (RAHKS, Kuantan, Pahang)
Program sehari bersama anak-anak RAHKS dan majlis berbuka puasa anjuran Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)



‎22/8/2010 (RAHKS, Kuantan, Pahang)
Majlis berbuka puasa bersama Cikgu Azilia dan keluarga.



25/8/2010 (Swiss garden Resort, Kuantan, Pahang)
Majlis berbuka puasa anjuran RWNA Engineering Sdn Bhd



26/8/2010 (Annexe Rest House, Kuantan, Pahang)
Majlis berbuka puasa anjuran Roadcare (M) Sdn Bhd

































Sunday, August 22, 2010

Salam Ramadhan Al mubarak.

Salam ramadhan kepada semua yg dikasihi. moga2 ramadhan kali benar-benar kita mendapat manfaat dari bulan yang penuh berkat ini. sempena ramadhan kali ini rumah amal HKS telah dikunjungi tetamu sama ada dari syarikat,individu dan juga pertubuhan kerajaan dan juga bukan kerajaan. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang sudi mengunjungi dan juga memberi sumbangan kepada HKS. Moga2 Tuhan akan membalasnya diakhirat kelak.

Pada 14.08.10(sabtu) yang lepas syarikat ISMAIL MAJU CATERING telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak HKS dan juga warga HKS. Mereka juga telah menyampaikan cenderahati berupa hamper dan juga sumbangan kepada anak-anak HKS.
Terima kasih diucapkan kepada SYARIKAT ISMAIL MAJU CATERING kerana sudi meraikan warga HKS. Moga2 dibulan Ramadhan ini kita semua akan mendapat Keampunan dan Rahmat Dari-NYA.

sumbangan dari Ismail Maju Catering


sembahyang Magrib berjemaah


Persembahan oleh anak2 HKS


bacaan Yasin


menyambut kedatangan tetamu

Sunday, August 8, 2010

PENGENAL RUMAH AMAL HEMBUSAN KASIH SAYANG

PENGENALAN

Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang (RAHKS) merupakan rumah kebajikan yang menempatkan seramai 31 orang anak yatim, anak fakir miskin serta anak-anak asnaf zakat (layak menerima zakat). Di samping itu, RAHKS juga menaungi seorang ibu tunggal, 3 orang OKU, remaja insaf serta anak-anak ‘broken family’. Rumah ini telah bernaung di bawah Pertubuhan Kebajika dan Pendidikan Raudhatul Ikhwani pada 25 Mac 2010.


MISI

Melahirkan generasi beriman dan mendidik dengan kasih sayang.

OBJEKTIF

  • Membela anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak-anak asnaf zakat, ibu tunggal serta OKU agar mereka mendapat kembali perhatian dan kasih sayang yang telah hilang melalui seorang penjaga / pendidik yang bertugas 24 jam di rumah ini.
  • Melahirkan insan yang mempunyai peribadi muslim yang baik serta bermanfaat kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara serta berpeluang mencapai taraf hidup yang sempurna.
  • Mengasuh dan medidik anak-anak golongan ini sehingga mereka mampu berdikari dan mempunyai jati diri yang selari dengan tuntutan agama dan negara di samping boleh menjadi model kepada rakan-rakan yang senasib dengannya.
  • Mendidik golongan ini menjadi insan yang soleh dan solehah serta menjadikan keredhaan Tuhan sebagai matlamat hidup mereka. Sangat takut dan cinta kepada Tuhan hingga terbentuklah satu masyarakat yang aman damai serta sentiasa mejadikan Tuhan sebagai kecintaannya.



PRINSIP

  • Menjadikan Allah sebagai sumber rujukan dengan mendekatkan diri kepadaNya, bersangka baik denganNya kerana Dialah sebaik-baik pembela, pemberi rezeki dan amat belas kasihan kepada semua makhluk ciptaanNya.
  • Sentiasa bersyukur dengan nikmat Tuhan walaupun ditakdirkan bernasi malang kerana masih ramai lagi yang lebih malang dan menderita.
  • Sentiasa bersemangat untuk membaiki diri serta bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu serta bercita-cita tinggi untuk mengubah hidup dan berjaya pada masa hadapan.
  • Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dianugerahkan dan redha dengan asib yang ditakdirkan ke atasnya kerana yakin ada jutaan hikmah dan kebaikan yang tersembuyi di sebaik setiap yang berlaku dan itulah tanda sedang berada di dalam kasih sayang dan perhatian Tuhan.


AKTIVITI & PERKHIDMATAN

  • Berusaha mendapatkan dana untuk disalurkan kepada semua golongan yang memerlukan bantuan.
  • Menjadi pusat pengumpulan dan agihan bantuan makanan asas, pakaian serta apa sahaja barangan kepada mereka yang bernasib baik serta serba kekurangan.
  • Mengadakan kelas tuisyen, fardhu ain, khidmat nasihat/kaunseling dan program/kursus motivasi.
  • Menganjurkan rehlah/ziarah untuk memberi mereka peluang berhibur dan berekreasi untuk pengisian rohani dan membangnkan jiwa mereka.
  • Mengadakan persembahan kebudayaan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi sebagai latihan untuk berhadapan dengan masyarakat.
  • Menjalinkan kerjasama dengan mana-mana syarikat yang boleh memberi latihan kemahiran atau menawarkan pekerjaan kepada mereka yang telah dewasa atau golongan yang susah menyara keluarga.
  • Menjadi pusat mengumpul keperluan asas untuk disalurkan kepada golongan anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan warga emas yang berada di luar Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang.


BANTUAN YANG DIPERLUKAN

  • Kenderaan yang sesuai seperti kereta/van/coaster atau bas untuk pengangkutan, menghadiri jemputan, kegunaan di waktu sakit, menghantar barang-barang ke rumah mereka yang memerlukan, mengambil barang dari rumah penyumbang dan sebagainya.
  • Kewangan untuk menampung kos sewa rumah, bil utiliti, keperluan maka minum dan sebagainya.
  • Peralatan pejabat (baru/terpakai) seperti komputer, mesin faks, meja, kerusi, whiteboard, rak buku, sofa dan lain-lain lagi.
  • Bahan makanan asa (basah atau kering) seperti beras, tepung, minyak, gula, telur, ikan bilis, susu tepung, susu pekat, milo dan lain-lain.
  • Peralatan rumah seperti kipas angin, mesin basuh, peti ais, almari, TV, pakaian, tilam, bantal, kasut, cadar, karpet, langsir, penghawa dingin, katil dan lain-lain.



ANGGARAN PERBELANJAAN BULANAN

Bil

Jenis Perbelanjaan

Anggaran Kos (RM)

1

Sewa rumah (2 unit)

1,000

2

Bil air, elektrik dan telefon

900

3

Makanan (31 x RM 8 x 30 hari)

7,440

4

Belanja sekolah (31 x RM 2 x 22hari)

1,364

5

Barang keperluan diri (sabun, syampu, ubat gigi, sabun basuh dll)

500

6

Pengangkutan

1,000

7

Rawatan kesihatan

500

8

Saguhati petugas (RM 450 x 4)

1,800

9

Pengurusan

1,500

10

Lain-lain perbelanjaan

1,000

Jumlah

17,004

* Ini adalah anggaran kasar sahaja, jumlah sebenar perbelanjaan adalah bergantung kepada keadaan serta keperluan semasa.


SUMBANGAN/DERMA/ZAKAT

Sebarang sumbangan dalam bentuk kewangan / barangan atau tajaan bolehlah disalurkan terus kepada RUMAH AMAL HEMBUSAN KASIH SAYANG (RAHKS) atau hubungi:

Pn. Noor Hanisah Khairolanam 019-7478436 @ 014-9921641

En. Muhamad Amir Uzaini Abdullah Hashim 017-9581139

En. Muhd Razif 014-5091743

Pn. Nor Zahilah Wahida Abd Aziz 012-6809313

Sumbangan kewangan / cek boleh dimasukkan ke akaun “Rumah Amal Hembusan Kasih Sayang” (Hembusan Kasih Sayang Enterprise)

No. Akaun Maybank (MBB Islamic): 556093221141